Robin Thicke
Robin Thicke

Robin Thicke

Robin Charles Thicke (lahir 10 Mac 1977)[2] ialah seorang penyanyi, penulis lagu, dan penerbit rakaman Amerika Syarikat.[3] Beliau telah mengeluarkan beberapa lagu seperti "Lost Without U", "Magic", dan "Sex Therapy". Beliau mula terkenal setelah lagu dengan kolaborasi oleh T.I. dan Pharrell Williams, "Blurred Lines", menduduki carta lagu Billboard Hot 100 pada tahun 2013. Selain menjadi penyanyi, Thicke juga terlibat dalam penerbitan lagu dan album oleh penyanyi-penyanyi lain seperti Christina Aguilera, Nicki Minaj, K. Michelle, Pharrell Williams, Usher, Jennifer Hudson, Flo Rida, Kid Cudi, dan Mary J. Blige.Beliau anak pelakon dan penyanyi, Alan Thicke. Beliau pernah berkahwin dengan Paula Patton pada tahun 2005, namun bercerai sepuluh tahun kemudian.